18.1.06

Shima: "Mie, Cik Ni*a (ED aku) panggil masuk bilik dia. Sekarang!"

Aku: "Okeh."

U know what? Syarikat tempat aku keje akan ditutup pada hujung bulan 3. Konpem! Dan aku... dinasihatkan supaya carik peluang kerja baru secepat mungkin dalam masa 2 bulan nih. Aku tak terkejut dengan berita tuh. Aku dah lama ready. Sejak dari bulan 3 tahun lepas lagi. Maknanya dah hampir setahun aku dok ready. Ready untuk berhenti kerja (dah terpaksa) la... tapi untuk carik kerja baru aku tak pernah ready. Setakat tanya kawan kawan lama tu ada la, tapi rasanya semua pakat dok kata "ok", "tengoklah nanti", "insyaAllah", "nanti aku try tanya" dan macam macam lagi. Ini standard feedback yang biasa kita dengar bila kita juga tanya soalan dengan soalan yang standard tu jugak. Kalian tentu tahu bagaimana rupabentuk soalan yang biasa tu kan? Ah, malas ah aku nak terangkan. Sindiri pikir.

Semasa mengadap ED aku tuh, banyak perkara yang dibincangkan tapi aku rasa bagai masuk telinga kiri keluar telinga kanan jer. Aku senyum jer sepanjang cik ni*a bercakap. Sekali sekala aku menyampuk cakapnya. Saja tak nak kasi dia boring pasal dok sembang sorang sorang. Dia bagi aku beberapa tips bila nak mengadap tukang interview mana mana nanti. Katanya, dia juga berusaha carikkan kerja baru untuk aku. Nama aku dijajanya di kalangan kenalan kenalan korporatnya. Aku sendiri? Aku tak reti nak jaja nama, tapi tak bermakna aku tak mau carik kerja baru. Tengok pada situasi semasa sekarang aku tak rasa begitu mudah untuk dapat peluang pekerjaan. Tapi insyaAllah, dalam diri aku masih lagi ada keyakinan untuk mengadap tukang interview. Jika dipanggil...

Manager aku, R*zal dah berenti minggu lepas. Skang dah dapat kerja baru. Itupun sakit kepala pikir nak pilih mana satu. Tawaran kerja banyak sangat. Semua best best. Rezeki orang kalo sekali datang tak cukup tangan. Rezeki aku pulak... terlebih kaki tangan nih tapi satu apa pun tak nampak. Ah, aku rasa macam ada 1001 perkara nak diluahkan tapi aku tak tau macam mana nak tulis. Rasa stuck. Otak serabut. Masalah dah melanda. Kedudukan aku pada roda hidup seolah dah sampai bawah semula. Aku rasa tahun 2006 ni banyak dugaan bakal menanti. Aku dah takde kereta (dah jual), aku bakal kehilangan kerja dan masalah housemate yang tak berapa kukuh ekonomi pasal baru kerja. Harapnya bulan depan abang Lan dapat duit sewa rumahnya. Selama ni pun, kami tak pernah miss bayar sewa.

Ah! Cukup. Luah banyak pun tak mengubah apa apa selagi aku hanya dok depan pc tulis blog. Aku nak edit resume sket. Nak touch up lawa lawa, biar mana mana human resource department terpilih terpegun melihat hasil kerja aku selama 3 tahun di IG*V TECHNOLOGY SDN BHD.

Blah dulu beb. Chow!