4 tahun lebih aku tak naik bas sekitar KL. Bermula semester ke dua di UTM, aku pakai motor. Tak sampai setahun kerja, aku beli kete pula. 4 tahun, macam macam boleh berubah termasuk sistem perjalanan bas awam. Selama tu, bas awam memang aku tolak tepi. Dah ada transport sendiri buat apa lagi nak naik bas? Aku silap. Kerana dah lama tak naik bas, skang aku dapat rasa betapa peritnya untuk ke tempat kerja.
Nak pergi kerja; jalan kaki untuk ke tempat tunggu bas, kemudian naik bas turun kat CM. Tukar pula LRT STAR dan akhir sekali jalan kaki semula. Balik kerja; vice versa. Aku agak kalau dihitung jarak yang aku guna untuk berjalan kaki sahaja mungkin dah sejauh 2KM lebih. Pagi pagi hari nak pergi kerja aku dah basah, balik kerja pun lencun. Ayyoo... penat seh.
Umah aku takde public transport melainkan cab/teksi. Nak naik cab hari hari? Tunggu aku jadi tokey balak (ada ke tokey balak naik cab?). Nak tak nak, terpaksa menapak buat seketika.
Dah 3 hari aku macam ni. Mungkin untuk seminggu dua lagi. Tapi harapnya untuk sementara saja. Bukan selamanya. Masih dalam proses untuk balik ke asal, cuma... ambik masa sedikit.
Sabar Mie, sabar... Dugaan tuu!
//Usah ditanya ke mana pergi keretaku itu.