13.2.06

Rambutku pendek semula. Ramai orang tertanya tanya, kenapa aku potong rambut aku, pada hal aku amat sayang giler babas kat rambut tuh. Jawapan aku tak tetap. Rasanya setiap orang dapat jawapan berbeza. Kalau korang jumpa aku lepas ni masih nak tanya soalan sama, aku kire korang pilih sendiri jawapan yang korang rasa paling sesuai. Pilihlah kat bawah, mana satu nak...

a) Majlis agama dah fatwakan Black Metal haram. Aku pun kenala insaf, ye tak? Tak boleh metal lagi, so rambut kena pendek selalu. Har har har!

b) Sempena Maal Hijrah & Tahun Baru 2006. Hijrah dalam diri sendiri. Oh... baiknya aku. ;p

c) Ada orang kata aku lebih anggun berambut pendek. Skang aku dah potong banyak. So, anggun tak aku???

d) Tiada satu pun di atas yang sesuai. Bagi alasan lain lah!!!

//Sejak tinggal sensorang ni aku banyak termenung, berfikir dan kurang bercakap. Banyak layan kepala jer. Aduhai...