28.4.06

ONCE IN A LIFETIME!

On Thursday, May 4, 2006, at two minutes and three seconds after 1:00 AM in the morning, the time and date will be...

01:02:03 04/05/06

This will never happen again in your life time. Layannn...!

SOURCE: EMEL. Thanks Azhar!

24.4.06

Hari ni. Umurnya layak untuk ditambah lagi 1, menjadikan angka tepat 25. Ya, hari ni dia tak macam dulu lagi. Hari ni dia dah berubah. Rambutnya dah pendek. Dia dah ada misai. Dia dah ada uban (banyak lah tuh). Dia dah ada kerja baru (walaupun kontrak). Dia ada house-&-mate baru. Dia tinggal di tempat baru (Shah Alam), dia empunya kereta baru (baru tukar nama) dan lastly, dia baru... err... baru...

Ah, abaikan! Perkara tak menarik usah diungkitkan. Ye tak?

Tapi seseorang betul betul buat aku marah dan benci, hanya kerana satu janji yang termeterai lama dulu dibelot oleh si pembuat janji. Aku tak marah, tapi aku jadi benci. Dalam masa aku dok tanam perasaan benci dalam hati, 2-3 hari lepas dapat pula sms dari Celcom. Katanya, "To hate a person is a waste; half of the people you hate don't care, and the other half don't know."

Hmm... okaylah. Buang masa aku la pula. Aku dah lempar rasa benci jauh jauh. Hari ni hari baik untuk aku. Aku lupakan segala hal yang tak best. Aku nak gembira gembirakan diri sendiri. Kawan kawan, doakan aku hidup bahagia di samping kalian semua.

HAPPY BIRTHDAY TO MYSELF!

Hadiah pertama yang aku dapat, cermin windscreen kereta aku kena pecah dek ntah malaon bangsat mana punya angkara. Di tempat parking LRT Sentul, Sabtu 22 April 2006. Buat rugi je bayar parking 2 hengget. Uwaaaaaaaaaaaaa!!!

................

Dan aku tujukan satu lagu yang penuh bermakna, hanya untuk diri aku sendiri. Dan untuk mereka yang sama waktu dengan aku. Layan...!

What's Up? - 4 Non Blondes

25 years AND my life and still
I'm trying to get up that great big hill of hope
For a destination
I realised quickly when I knew I should
That the world was made FOR this
Brotherhood of man
For whatever that means

[Chorus:]
And So I cry sometimes when I'm lying in bed
JUST To get it all out what's in my head
AND I, I Am feeling a little peculiar
AND So I wake in the morning and I step
Outside AND I take deep breath
AND I get real high
And I scream from the top of my lungs
What's goin' on

And I SING hey-YEAH-YEA-EAH, HEY-YEAH-YEAH...
I said hey! what's goin' on
And I SING hey-YEAH-YEA-EAH, HEY-YEAH-YEAH...
I said hey! what's goin' on

OOOH, OO! OOH-HOO-HOO-HOO-HOO
OO-OOH-HOO-HOO-HOO-HOOOO
OOOH! OOO-AAH-HOO-HOO-HOO-HOO
OO-OOH-HOO-HOO-HOO-HOOOO

And I try, oh my God do I try
I try all the time
In this institution
And I pray, oh my God do I pray
I pray every single day
For a revolution

[Chorus:]
And So I cry sometimes when I'm lying in bed
JUST To get it all out what's in my head
AND I, I Am feeling a little peculiar
AND So I wake in the morning and I step Outside
AND I take deep breath
AND I get real high
And I scream from the top of my lungs
What's goin' on

And I SING hey-YEAH-YEA-EAH, HEY-YEAH-YEAH...
I said hey! what's goin' on
And I SING hey-YEAH-YEA-EAH, HEY-YEAH-YEAH...
I said hey! what's goin' on

And I SING hey-YEAH-YEA-EAH, HEY-YEAH-YEAH...
I said hey! what's goin' on
And I SING hey-YEAH-YEA-EAH, HEY-YEAH-A-YEA-YEA-YEA...
I said hey! what's goin' on

OOOH, OO! OOH-HOO-HOO-HOO-HOO
OO-OOH-HOO-HOO-HOO-HOOOO-AHH-HAA

25 years of my life and still
I'm trying to get up that great big hill of hope
For a destination


//Aiseh, tak sempat nak taruk link ke mp3 lagu nih. Korang nak dengar, cari sendirilah!

18.4.06

Kalian tau tak?

Waktu yang paling sesuai dan best untuk baca buku Jongkang Jongket dan Ayah Kita Bos adalah semasa berada depan TV sambil menonton rancangan ujibakat AF4 di Astro.

Kau boleh jimatkan masa dan tenaga untuk gelak pada dua perkara yang berlainan pada waktu yang sama. Cubalah!

15.4.06

Sejak dok kat Shah Alam, aku rasa jimat sket minyak kereta. Jarak antara pejabat dan rumah tak sejauh seperti rumah aku kat Batu Caves dengan pejabat kat Cheras. Nampaknya walaupun minyak naik 50 sen, aku bersyukur pasal aku tak banyak pakai minyak. Namun, aku masih akan menggunakan lebih minyak untuk buat kerja kat Menara Tun Razak. Nampaknya jarak dari Shah Alam ke Jalan Raja Laut lebih banyak berbanding umah lama ke opis lama. Hmm... aku pikir nak pinjam motor J, tapi dia selalu guna untuk buat pergi kerja. Aku cuba cuba ayat dia mana tau kot kot dia lembut hati bagi pinjam. Dia kata...

"Aku sebenarnya guna motor pasal nak jimat minyak keta. Aku hanya guna kereta bila aku tengok langit gelap semacam jer. Bila hari macam nak hujan jer, aku tinggallah motor tuh. Masa tu, kalau kau nak guna ambiklah! Jangan malu malu."

Oh, alangkah baiknya kau J! Terima kasih!

11.4.06

Aku dah jadi warga baru rumah bujang kat Subang Impian nih. Hmm... menarik. Besar rumahnya. Cantik. Persekitaran. Dan segalanya. Tapi lebih menarik, bila mana setiap kali nak masuk dan keluar rumah... aku kena salak ngan anjing kiut jiran sebelah. Oh, alangkah comelnya anjing itu. Rasa nak sepak jer. Selalu buat aku terkejut. Nasib baik aku pakai seluar kecik cap Hush Puppies. Tengok kat anjing tu seakan akan sama. Kesian la pulak. Lain kalilah... aku sepak!

Dengan segala hal yang tak sudah tak mengizinkan aku untuk buat kunci rumah yang baru. J balik lewat hari ni, diberikan aku kuncinya. Terima sms darinya...

"Jangan lupa pi copy kunci rumah yang bertanda E dan yang besar sekali tuh! Bereh?"

"Bereh. Nak aku copy kunci? Burn pakai CD atau DVD? Heh heh."

"Burn pakai api pun takpe. Lawok nate nih!"

Hahaha.

9.4.06

Esok. First day kat Sirim. Shah Alam. Aku kat Batu Caves. Dekat?

Kepala hotak kau dekat. Jauh tu!

Tadi aku jumpa J. Sambil sambil lepak minum minum kat satu kedai makan kat Kampung Baru... bincang tentang permasalahan aku. Alhamdulillah, dia bagi tumpang lepak umah dia sementara waktu. Err... aku kontrak 3 bulan ngan Sirim. Tapi aku tak ambil kesempatan, aku tetap bayar sedikit memandangkan dok sana aku tetap guna api dan air jugak.

Hmm... rasa cam kaya la pulak. Umah sini bayar, umah sinun pun bayar walhal gaji seciput. Nak bayar kete pun tak lepas.

Alahai... tengoklah macam mana. Ada la tu rezeki aku kalau tak ke mana.

4.4.06

Awal pagi aku tersedar. Biasanya aku akan bangun tido, pi mandi, siap siap dan terus pi keje. Hari ni, aku rasa lain lak. Aku teringin nak pegi keje tapi tak dapat. Apakan daya, aku skang dah takde opis untuk dituju. Dalam tengah mamai mamai tu, hanya ada satu jalan saja untuk menghadapi situasi sebegitu.







Err... aku sambung tido sampai ke tengah hari. Yoshh!!!