31.5.06

Balik dari keje aku dengar dengar la radio. Channel panas tuu. Terkejut aku, ramai betol orang yang telefon kat radio tu hantar ucapan selamat petang kat aku. Pelik kan!

Diorang kata, "...ucapan ini juga ditujukan buat pendengar pendengar siaran HotFM..."

Rasa bangga pun ada! :P

............

Ada orang tu, call aku. Pastu komplen pulak pasal aku nyer Call Me Tone. Katanya, "Awak, tukarla lagu CMT tu. Bosan la asyik dengar lagu sama jer... Awak tak bosan ker?"

Aku? Bosan?

Bila masa aku dengar CMT tepon aku sendiri? Macam mana aku nak bosan???

[POLICE - Every Breath You Take]

26.5.06

....sambungan Pangkor

Kawan kawan yang lain beramai ramai beraktiviti pusing pusing sekitar pulau dengan bot serta ber'snorkeling' di awal pagi, manakala kami pula (aku & Attok), juga bersnorkeling tapi nun di atas tilam empuk resort. Yaa... kata Attok, nak jogging di pagi hari. Kononnya. Sudahnya, jogging di atas tilam juga.

Kerana takut breakfast habis, kami bangun juga walaupun badan tak larat. Kami turun ke cafe sepantas yang boleh. Mandi? Ahh... buat apa mandi di bilik mandi sedangkan belakang resort punya air yang banyak. Pantai ada, kolam ada. Pilih saja. Dan pagi itu aku dan Attok orang yang paling lewat makan. Nasib baik makanan ada lagi sikit. 3 mangkuk mi kari aku bedal. Kenyang.

Aku turun ke pantai, tengok kengkawan ramai dok mandi dan melepak ambik angin serta buang angin. Aku terjun laut tanpa toleh kiri kanan. Lompat sana lompat sini atas pasir, padahnya bontot aku krem 20 minit. Perit siot. Ilang mood nak main ombak. Rasa mandi pantai jadik tak seronok maka aku ajak Attok layan mandi kolam pula. Kelihatan Spyz dan keluarga ada kat kolam. Kami join dua kaki.

Aku pikir check out pukul 12 tengah hari, so cepat cepat balik ke bilik kemas kemas baju dan blah. Lama tunggu, last last jam 12 terus berlalu kawan kawan takde sorang pun yang bersiap nak chow. Aku ngan Attok terlebih rajin nampaknya. Dekat pukul 1 ada lunch yang tak termasuk senarai yuran (kot). Aku belasah siket jer pasal pagi tadi banyak telan mi kari. Tengok kawan kawan berselera habis makan. Lapar benor. Heh!

Lepas makan, perut kenyang hati pun riang. Kerana riang, kami suka hati perabiskan duit dengan memborong haiwan haiwan laut kering. Sotong, ikan, udang, obor obor... semua kena serbu. Masing masing tersenyum kepuasan. Padahal, dah sampai umah nanti bukannya makan pun, bagi kat orang jugak. Hahahaha!

Dengan menaiki van, kami jalan jalan carik jalan sekitar pulau. Baru aku tau, Pangkor juga ada landasan kapal terbang. Cuma, kapal terbang saja yang tak ada. Ada tembok besar China, tapi tak sebesar kat negeri China. Ada puppet theater. Ada kubu tinggalan Belanda. Kalau tak silap aku. Yer ker Belanda? Bukan German? Ada apa lagi? Ntah ler... dah lupa.

...fast forward>>>

Maka kami sampai ke KL lebih kurang 9.30 malam. Drive selama 3 jam 45 minit tak memenatkan tapi mengantuk. Lepas hantar Kak Ungku, Azib dan Ady kat DJC, aku balik umah kat Batu Caves dulu. Mandi manda dan kemudian hantar Attok balik ke Sunway. Lastly aku sampai umah kat Shah Alam lebih kurang 12 malam dan pitam!

Kroohhhhhhh!

//Hmm... aku kurang sebut nama kawan kawan yang ramai tuh. Tertinggal ker?
//Kenapa mesti panggil banana boat? Kita dok atas pencil, bukan banana. Sepatutnya pencil boat.

25.5.06

Wahh... semua kawan kawan yang kita suka ramai dah update blog dengan laporan cuti-cutian ke Pulau Pangkor. Aku saja masih tertinggal barangkali. Itupun kalau aku rajin, hehe!

Aku pandang kanan, belakang... usha usha juga, manala tau kot kot manager atau superior aku nampak apa yang aku buat. Sapa kata nak tulis blog tu senang? Duduk tempat aku, kalian tau lah macam mana. Bak kata patah patah, hati bergelora nak update blog apakan daya nun di sebalik partition, bos dok ready nak jegil bijik mata!

Hari ni aku balik lewat (padahal hari hari pun balik lewat). Saja ambik peluang update laporan. Okeh Pangkor, here I come!

..................

Aku sanggup habiskan hampir 1000 hengget untuk repair kete (tingkap kuasa, tukar 4 bijik tayar tangan kedua dan tukar layar angin baru), hanya semata mata nak pastikan perjalanan pergi dan balik selamat adanya. Well, terima kasih pada mereka yang terlibat secara langsung dalam proses pembaikan WKU nih. Yu no hu yu war. Hehe! (Sambil kenyit kenyit mata).

Bertolak dari KL, masa permulaan perjalanan disetkan depan Giant Batu Caves pada pukul 2.30 pagi, Sabtu. Bertemankan Attok, Kak Ungku, Ady dan Azib (hero kecik kak Ungku nih) kami meredah pekat pagi buta-tuli tanpa iringan konvoi kawan kawan yang kita suka. Ya, kawan kawan yang kita suka akan berkonvoi ramai ramai pada pukul 8.00 pagi waktu Malaysia Melayu. 'Penerbangan' kami mengambil masa 3 jam 15 minit. Apalah Ady, dibudgetnya aku drive 5 jam. Sunggoh tak patut... Entah apa gilanya kami, nak jugak sampai awal di Lumut dengan harapan dapat gunakan masa sepenuhnya dengan enjoy-sakan-tak-ingat-langit. Sudahnya, kami berlingkar dalam bilik Golden Beach Hotel & Resort Pangkor (GBHR) dibuai mimpi sampai ke tengah hari (sampai kawan kawan yang kita suka tiba beramai ramai).

Waktu siangnya terisi dengan sesi makan tengah hari, taaruf, mandi manda, tampar bola dan acara wajib, posing sakan di mana mana yang dirasakan bernafsu. Makan semua sedap. Acara suai kenal hangat pula, macam macam teori dan istilah baru aku belajar. Tampar bola tepi pantai sampai berdarah lutut. Steady jer. Mandi kolam lebih seronok berbanding mandi laut. Sambil baring dalam kolam khas untuk golongan macam Azib, aku cuba bayangkan sesuatu yang lebih baik. Umpama berehat dalam jakuzi. Air yang suam suam kuku besi. Best gitu. Aku dan Attok orang last kuar dari kolam, ahaks!

Waktu malam pun tak kurang hebat juga suasananya. Kawan kawan yang kita suka sedang enak menjamu selere dinner, aku, Attok dan Ady tergolek depan TV layan Gremlin 2. Dekat nak habis cerita, baru kami turun ke cafe. Biasaklah, perut dah lapar. Bihun goreng, nasi goreng, BBQ... peh... berselera habis. Sedap hingga menjilat meja. Lepas karan kembali ok, aku dan kawan kawan semua senang hati 'menyumbang'kan lagu. Yah... ternyata cukup sumbang sekali. Sekali dengar pasti tak nak dengar lagi. Percayalah! Dan kami masih lagi menerima tepukan yang gemuruh. Terima kasih untuk para penonton sekalian.

Lepas berkaraoke, aku balik bilik dan tidur. Kerana masa dah lewat nih, aku balik dululah. Esok lah sambung pula. Lepas bangun tido. Ciao!

24.5.06

Damn! Lama dah nih tak tulis apa apa. Apa hal..?

Yaya... aku sibuk. Biasanya orang yang tak sibuk adalah bos bos saja. Kan kuli itu buat kerja saja tugasnya? :p

Dah lama tak rasa macam nih. Sekarang baru 'feel'. Tapi letihnya, terlebih feel pulak. Sampai tak sempat langsung pula nak sentuh tenet. Alahai...

Kerja. Menimbun. Tapi terubat sedikit bila aku diamanahkan melunyai sebijik PC HP latest model nyer. Peh, teruja kata Ella. Walaupun tak lama kat sini, aku dah start jadikan PC tu macam aku punyalah. Donwnload ini, install itu. Godek sana godek sini. Yang stokinnya, aku tak dapat dapat jugak nak masuk YM mahupun MSN Messenger. Arrghh... kemut la orang IT nih! (Kalau dapat, tentu aku akan ada banyak masa untuk bertenet! Betul!)

Aku jarang sekali guna PC yang pakai OS ori. Kat opis nih, semua orilah. Tak. Aku tak teruja langsung ngan OS ori tuh. Yang betol betol mengetuk pintu jamban hati aku, bila dapat install Internet Explorer 7 Beta dan Windows Defender. Wahlaweeehhhh... cukup enak sekali. Sedap betol menggunakannya sampai menjilat monitor.

Kalian dah guna? Cepattt... best gila. Jadilah antara yang terawal. Sekurangnya, kita boleh takbur sama sama! Haha!

3.5.06

Sedang aku melayari forum GJ, tetiba sesuatu di dalam seluar bergetar. Terperanjat aku dibuatnya.

Ooo... Sms rupanya.

"Abang tak rindu baby kita ker?" Azie.

Eh? Bila masa pula aku kawen? Tetiba aku ada bini nama Azie. Untungnya kalau jadi betol betol. Kita tak sedar selama ni rupa rupanya kita ada bini. Kalau macam ni, rasa sekarang juga nak balik umah. Err... nak tunaikan kewajipan.

Okeh. Azie tengah sarat sekarang. Bini member baik aku dari kecik, Mere. Dah lama aku tak jumpa diorang. Si Mere pun datang KL dah tentu nak jumpa bini dia jer. Bukan kata tak ingat kat aku, cuma masa tak mengizinkan. Itu hari ada datang KL, bagitau nak jumpa aku tapi aku pula yang bizi. Azie ni pulak dengar dengar tengah tunggu hari jer nih. Ntah ntah esok lusa jer dapat anak.

Smsnya dah aku terima. Kalau tak reply, takut nanti dipikirkan lakinya tak prihatin. Demi menjaga hati seorang perempuan (demi kawan baik aku khususnya), aku reply juga smsnya.

"Tak ah. Tak sempat nak rindu rindu. Keje tengah banyak nih!".

Harapnya Azie gembira kerana smsnya berbalas. :D