18.6.06

Cukup puas hati, lebih daripada tu! (Baru balik dari TGV sebenarnya.)

Ya, itu saja yang aku boleh katakan pasal Da Vinci Code (Kenapa aku selalu terlewat tonton wayang yang hebat hebat?).

Sebelom aku tonton, aku agak jalan ceritanya berkaitan dengan code code tersembunyi belakang potret Monalisa, berdasarkan poster ceritanya tuh. Aku agak Tom Hanks akan selesaikan teka teki nombor tu seperti David Krumholtz dalam siri Numb3rs. Malangnya andaian aku salah. Langsung tak tunjuk gambar Monalisa. Langsung tak cerita pasal apa apa code belakang potret tuh. Hampeh!

Tapi, aku cukup suka cerita nih. Berbelit dan penuh misteri. Berdasarkan jalan penyelesaian kepada teka teki dan misterinya, menonton Da Vinci Code mengingatkan aku pada jalan cerita National Treasure (lakonan Nicholas Cage). Seakan sama. Tapi tak serupa.

Dan bagi aku juga, kisah dalam kedua dua filem tu berkait rapat. Sedikit sebanyak isi sejarah yang berkait ini boleh ditonton dalam Kingdom of Heaven dan Passion of Christ. Cumanya, jangan terlalu percaya dengan apa yang diceritakan kerana ada beberapa part yang tidak sama dengan sejarah Islam. Sekadar untuk membuat perbandingan oklah. Yang pasti, akan muncul banyak persoalan selepas kalian menontonnya. Itupun andai kalian paham jalan cerita dan tahu tentang sejarah dan riwayatnya (sila buka balik buku teks sejarah dan agama Islam tingkatan 3, 4 dan 5, hehe!).

Rasa cam nak cerita tapi takut nanti spoilkan sesapa yang belom menontonnya. So, aku sarankan pi tengok sendirilah. Haha!

Kenapalah masa skolah dulu aku tak minat sejarah?!!! Aiya! Rugi! Rugi!

Melangkah keluar saja dari TGV, soalan pertama aku pada Najib,

"Sebelom Jesus (dipanggil Nabi Isa dalam DaVinci Code) mati, dia sempat kawen ker?"

..................

Simbol. Dalam Da Vinci Code banyak memaparkan simbol yang aku banyak juga tahu. Antaranya, Pentacles. Lambang bintang lima terbalik. Aku Budak budak black metal panggil Pentagram. Maksud sebenarnya Pentacles dijelaskan semasa Tom Hanks memeriksa mayat kurator Muzium Louvre. Pentacles, bukan simbol penyembahan setan. Tapi terlalu banyak simbol yang terkandung dalam muzik black metal dipaparkan dalam Da Vinci Code. Ntah apa maksud simbol simbol yang lain tu. Yang pasti, semuanya hasil buatan orang Yahudi. Hehe!

Di abad ini nampaknya ada dua rahsia terbesar setakat nih. Rahsia kewujudan Mary Magdalene (kononya adalah isteri Jesus - dijaga oleh pertubuhan Priory of Scion) sehingga waris terakhirnya dan rahsia harta karun Pahlawan Templar (tonton National Treasure - dijaga oleh pertubuhan Freemason). Dua dua pertubuhan ni sebenarnya tahu ke kewujudan antara satu sama lain? Sebenarnya, pertubuhan yang disebut sebut tu wujud ker? Atau mitos semata. Mat salleh nih, kewujudan waris Jesus (dipercayai kononnya Nabi Isa) pun nak dirahsiakan. Apa daa... Kita ni, dibangga bangga lagilah ada! Kan? Berapa ramai mereka kat luar sana yang bernama Syed dan Sharifah? Hehe.

..................

Agak agak ada ke pengarah Hollywood nak buat cerita pasal Qarun lepas nih? Tak sabar nak tengok. Peh!