28.11.06

Aku rindu nak update blog. Setelah lama menyepi, aku rasa hari ni macam ada peluang untuk menjengah sekejap. Kemas kemas sket... sapu habuk habuk... halau labah labah dari dok berkampung kat sini...

Fuh!

Penat. Bukan penat berkemas, tapi penat menunggu. Nak bukak satu page terpaksa refresh 8000 kali... buat aku rasa cam malas nak jenguk lagi. Memandangkan aku jenguk pun teramatlah jarang, nah, aku tinggalkan sedikit kesan peninggalan aku kat sini.

Ada banyak perkara yang aku dah terlepas. Bukan terlepas peristiwa tapi terlepas nak tulis kat sini. Banyak perkara tu berlaku dalam satu period (bukan, bukan period yang tuh!) yang terlalu singkat dirasakan. Pejam celik pejam celik, aku agak hampir 5 bulan aku tinggalkan dunia internet.

Aku cuba flash back balik. Guna mesin masa, bak kata Tok Rimau.

< runut_bunyi >viewt viewt viewt viewt viewt viewt< /runut_bunyi > - ditambah dengan kesan khas berteknologi tinggi, ada cahaya silau-milau dan keadaan persekitaran berubah ala ala Doraemon naik mesin masa.

Pling! Oh! Nampaknya aku dah habis kontrak kat SIRIM. 2 bulan 3 minggu aku kat sini. Bos tanya samaada aku nak sambung kontrak ke tak. Aku tak nak sambung. Seronok keje kat sini tapi bayarannya tak seberapa. Aku masuk dengan berbekalkan sijil SPM jer. Kire lojikla tu tapi aku harapkan status permanent di situ dalam masa 3 bulan. Mana dapat beb. Kata salah seorang staf kat situ, "Mie, aku kat sini kontrak 2 tahun baru dapat status permanent tau tak!" Huyyo... kire hebatlah aku kalo dapat permanent dalam tempoh kontrak aku. Hahaha. Apa pun aku memang tak mampu bertahan lama kat sana. Dengan gaji kecik, aku nak bayar sewa 2 buah umah, kete, tepon, kad utang, makan dan sebagainya... tak cukup. Hujung bulan Jun aku cabut.

Aku mula kerja baru dengan menjadi PA pada seorang feng shui master. Perempuan. Melayu. Oghe Kelate jugok! Takde opis, takde punch card, takde pakai kemeja mahupun tie untuk ke tempat kerja. Aku buat keje kat rumah bos aku tu jer. Tapi segala stationary dia bekalkan la. Kadang kadang aku jadik driver hantar dia ke site atau tempat meeting. Tugasan bonus, jadik tukang angkat beg atau tools untuk keje keje feng shui dia. Peh! Andai dihitung masa bekerja dalam jam, sebenarnya aku hanya kerja 24 jam seminggu. Sekarang aku dah mula kenal apa itu unsur berlima, utara-selatan, gambarajah taiji, low pan, nombor bertuah, bela kura kura, gambar ikan koi dan segala mak nenek yang melibatkan feng shui. 5 bijik buku milik bos aku habis aku khatam. Tapi masih belom boleh lawan bos sendiri la. Dia experient 16 tahun. Aku? Hehe. Bayaran tak seberapa jugak tapi lebih sket berbanding keje kat Sirim. Kerana ekonomi tak stabil, aku terpaksa buat keje part time kat Bank Islam. Data entry. Aku keje siang malam, sampai kurang masa rehat demi mencari rezeki yang halal dan diredhai (macam biasa dengar je ayat nih!). Huhuhu~! Aku cukup bosan dok sorang sorang kat umah bos bila dia kuar pi meeting. Internet takde. Collegue takde. Aku sembang sorang sorang ngan kura kura dalam pool tuh. Berbekalkan PC Dell sebijik tuh, aku layan lagu kuat kuat sambil tido. Recover tenaga untuk keje belah malam. Ahaks!

Dalam tempoh mencari rezeki tu, ada pula kejadian menggembira dan menyedihkan berlaku. Pada aku, pada kawan kawan juga. Aku sendiri pun ingat ingat lupa. Duh! Ada kawan kawan merata rata sudah kawen. Ada yang baru dapat anak juga. Ada yang dapat awek baru, ada yang putus cinta. Ada yang dapat keje baru, ada yang baru berenti. Ada piknik, ada cuti-cuti Malaysia. Ada masa kami bersuka ria di pulau dengan sahabat sahabat forum, ada masa kami semua bersedih di atas kehilangan sorang sahabat buat selama lamanya. Al-Fatihah untuk Cik Nana. Takziah untuk keluarga arwah.

3 bulan aku keje kat 2 tempat pada waktu yang sama. Badan cukup penat. Exhausted. Dalam tempoh tu banyak opis aku turun naik untuk interview. Ada yang kata berkenan tapi senyap menyepi. Ada yang kata akan dapat, last last reject. Ada yang dapat, aku pulak reject. Tapi paling banyak, yang takde kata apa apa. Tak dapatlah tuh. Paham paham sendirilah. Aku tak berenti apply keje baru. Selagi ada Jobstreet. Setiap minggu selak Utusan tengok iklan. Ada tawaran, aku apply. Berkat kesabaran aku ditambah berkat doa mak aku (mak aku cakap laa), aku ditawarkan kerja baru kat Avenue 1. Gaji alhamdulillah, tak perlu nak buat part time lagi dah. Dengan berat hati aku tinggalkan bos aku sorang sorang. Kesian dia, takde assistant lepas tuh. Ntah apa cerita sekarang. Dua minggu keje kat opis baru, opis pindah ke Midvalley pula. Seronok pula kat sini, bos sporting collegue otak sempoi. Persekitaran, awek ramai. Senang nak cuci mata. Kompeni tak besar tapi jaminan untuk 10 tahun tu ada. InsyaAllah. Aku tak sempat nak beramah mesra ngan kawan kawan baru, kena posting ke Semenyih pulak. Mungkin 3 bulan dok sana, kata bos. Aduh! Aku punyalah study produk kompeni, lepas sebulan keje sini aku dipanggil interview untuk jawatan dalam kerajaan pula. Hasilnya, aku diterima bekerja sebagai orang IT kat sana (dah itu jawatan yang aku apply). Sekarang aku dalam dilemma untuk memilih antara keje sekarang dan keje akan datang. Kalo aku terima, awal tahun depan aku start jadi orang gomen. 3-4 hari aku pikirkan untuk buat pemilihan. Keputusannya? Biarlah rahsia? Ahahahahah!

Weih, panjangnya aku tulis. Tu blom masuk part gathering GeJu RAPAT'06 lagi tuh. Raya, cuti balik kampung, open house sana sini. Bla... bla... bla...

Ok ok... cukup. Sambung buat keje.

//Aiseh! Mana aku letak mesin masa tadi? Nak balikkkk!

Labels: