29.1.06

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT RUDY DAN Mc HA. Semoga hidup bahagia, kekal ke akhir hayat.

Rudy, housemate aku. Mc Ha, sepupu aku. Jarak rumah mereka, tak sampai 1 KM. Peh, lenangnya nak balik kampung!

Anyway, segala galanya dah selamat. Err... aku bila lagi? Huhuhu~!

28.1.06

Berlima. Aku, Attok, Pok He, Pok Gi dan Pendi. Balik kampung. Yahoo!

Gerak kul 9.30 malam. Sampai destinasi kul 3.45 pagi. Alhamdulillah, selamat sampai.

Dan sampai ke siang aku takleh lelap pasal tidur atas sofa. Hampeh. Katil aku dah kena 'ceroboh'. Ruang tamu full dengan abang kakak, anak sedara.

Arrrgghhh... tengkukku sakit!

27.1.06

Kak Ungku, Yazi, Awin dan beberapa kerat lagi penghuni DJC sedang menunggu aku tiba. Dah banyak kali kak Ungku dok ajak soh datang sana. Ada habuan sket untuk aku. Apa lagi kalau bukan kek brownies yang kak Ungku buat sendiri. Sedap! Trimas untuk kak Ungku cayang. Hek hek!

Najib ada kat umah aku masa tu. Alang alang baru sampai, terus aku ajak ke DJC sama. Sebelom gerak, Yazi dah call awal awal soh singgah Giant Batu Caves. Belikan ais krim goreng untuk penghuni penghuni DJC yang ada.

Ais krim goreng??? Hmm... Najib garu garu kepala. Tak pernah makan katanya. Tak lojik juga, pikirnya. Mana mungkin ais krim boleh digoreng. Cairlah. Kan? Tapi bila tengok sendiri bentuknya, baru dia paham.

Tak banyak pilihan air krim yang ada. Peberet aku, coklat, dah habis. Yang tinggal ais krim kaler ungu dan warna warni saja.

Musykil aku. Aku tanya akak yang jaga kaunter. "Err... kak. Ais krim ni rasa apa?"

"Yang ungu tu rasa keladi."

"Yang warna warni nih??!!"

"Yang ni rasa pelangi!". Tetiba menyampuk sorang pelanggan pompuan sebelah Najib.

"Pelangi??? Bwahahahahhahha!!!" Serentak kami gelak sakan. Akak tu senyum jer.

Najib bisik kat aku, "Weih Mie, pelangi boleh dirasa ker?"

Aku: "Ntah, tak tau. Tak pernah makan!"

Lagi sekali kami gelak sakan.

25.1.06

Rudy mungkin dah balik kampung tengah hari tadi. Balik cuti dan kawen. Aku masih lagi kat KL. Keseorangan. Mana yang lain? Siapa yang lain itu? ... Tiada siapa lagi menghuni rumah tu kecuali aku sorang. Bermula bulan Februari nanti aku tinggal berseorangan officially, dengan sewa RM600 hengget satu kepala. Larat? Tak! Tapi apa nak buat? Tengok lah apa situasi yang bakal dihadapi. Tak mungkin aku akan 'bersarang' kat situ lama lama. Masih dalam perancangan, samaada carik mates atau pindah ke teratak lain.

Lupakan pasal rumah sekejap. Minggu depan kita semua bercuti panjang, kan? CNY, Awal Muharran, Hari Wilayah, campur hari minggu. Yeah. Apply cuti sehari saja (Jumaat) dan aku dapat lepak kat kampung selama 9 hari. Best kan? Aku akan bertolak pulang pada Sabtu 28hb. Berteman. Dengan Attok. Oh, nampaknya seminggu di kampung aku akan bertugas sebagai 'tour guide'. Orang Selatan nak berkenal kenalan ngan wilayah Timur adanya. No prob. Akan kuajar kau teknik teknik rahsia merasa budu dengan betul dan nikmat. Dengan syarat, kuatkan dulu semangat dan keyakinanmu sebelom kita melepasi tol gate Gombak (setakat nih beberapa kawan aku yang lain tak lepas teknik rahsia tuh. Sampai sekarang masih alama trauma barangkali).

.....................

Alhamdulillah, hari ni rasa berkurangan sedikit sakit kepala walaupun masih belom benar benar hilang. Agaknya terlalu banyak berfikir. Mencari penyelesaian beberapa masalah yang dihadapi serentak. Tak tertanggung rasanya tapi nak buat macam mana. Face the probs, Mie! InsyaAllah ada jalannya.

Aku dah kena tagged oleh Salina. Esok aku jawab la kot. Kalau sempat. Hari ni tak sempat pasal sibuk mencari lobang rezeki. Anyway, nak balik dululah. Tunggu orang kat opis sampai skang tak muncul muncul. Siyutumoro.

Chow!

//Ada sesapa tak berumah? Jom lepak umah aku. Kita meronggeng sampai ke pagi.

18.1.06

Shima: "Mie, Cik Ni*a (ED aku) panggil masuk bilik dia. Sekarang!"

Aku: "Okeh."

U know what? Syarikat tempat aku keje akan ditutup pada hujung bulan 3. Konpem! Dan aku... dinasihatkan supaya carik peluang kerja baru secepat mungkin dalam masa 2 bulan nih. Aku tak terkejut dengan berita tuh. Aku dah lama ready. Sejak dari bulan 3 tahun lepas lagi. Maknanya dah hampir setahun aku dok ready. Ready untuk berhenti kerja (dah terpaksa) la... tapi untuk carik kerja baru aku tak pernah ready. Setakat tanya kawan kawan lama tu ada la, tapi rasanya semua pakat dok kata "ok", "tengoklah nanti", "insyaAllah", "nanti aku try tanya" dan macam macam lagi. Ini standard feedback yang biasa kita dengar bila kita juga tanya soalan dengan soalan yang standard tu jugak. Kalian tentu tahu bagaimana rupabentuk soalan yang biasa tu kan? Ah, malas ah aku nak terangkan. Sindiri pikir.

Semasa mengadap ED aku tuh, banyak perkara yang dibincangkan tapi aku rasa bagai masuk telinga kiri keluar telinga kanan jer. Aku senyum jer sepanjang cik ni*a bercakap. Sekali sekala aku menyampuk cakapnya. Saja tak nak kasi dia boring pasal dok sembang sorang sorang. Dia bagi aku beberapa tips bila nak mengadap tukang interview mana mana nanti. Katanya, dia juga berusaha carikkan kerja baru untuk aku. Nama aku dijajanya di kalangan kenalan kenalan korporatnya. Aku sendiri? Aku tak reti nak jaja nama, tapi tak bermakna aku tak mau carik kerja baru. Tengok pada situasi semasa sekarang aku tak rasa begitu mudah untuk dapat peluang pekerjaan. Tapi insyaAllah, dalam diri aku masih lagi ada keyakinan untuk mengadap tukang interview. Jika dipanggil...

Manager aku, R*zal dah berenti minggu lepas. Skang dah dapat kerja baru. Itupun sakit kepala pikir nak pilih mana satu. Tawaran kerja banyak sangat. Semua best best. Rezeki orang kalo sekali datang tak cukup tangan. Rezeki aku pulak... terlebih kaki tangan nih tapi satu apa pun tak nampak. Ah, aku rasa macam ada 1001 perkara nak diluahkan tapi aku tak tau macam mana nak tulis. Rasa stuck. Otak serabut. Masalah dah melanda. Kedudukan aku pada roda hidup seolah dah sampai bawah semula. Aku rasa tahun 2006 ni banyak dugaan bakal menanti. Aku dah takde kereta (dah jual), aku bakal kehilangan kerja dan masalah housemate yang tak berapa kukuh ekonomi pasal baru kerja. Harapnya bulan depan abang Lan dapat duit sewa rumahnya. Selama ni pun, kami tak pernah miss bayar sewa.

Ah! Cukup. Luah banyak pun tak mengubah apa apa selagi aku hanya dok depan pc tulis blog. Aku nak edit resume sket. Nak touch up lawa lawa, biar mana mana human resource department terpilih terpegun melihat hasil kerja aku selama 3 tahun di IG*V TECHNOLOGY SDN BHD.

Blah dulu beb. Chow!

17.1.06

Bizi gila aku dalam masa sebulan nih. Bukanya bizi pasal keje kompeni aku nih, tapi bizi buat keje luar. Sementelah web Castello dah up semua maka aku dah boleh berehat balik. Layan blogging dan forumning. Dah lama tak masuk forum GJ. Ntah apa cerita. Tengoklah sat sat lagi kalo bernafsu nak jenguk, aku jenguk...

Memandangkan dah masuk tahun baru maka aku pun nak berwajah baru jugak. Walaupun tak secantik mana, tapi aku dah berjaya edit template untuk blog aku ni dari yang versi simple kepada super simple. Aku buang splash page katak kesayangan aku. Aku buang benda yang tak perlu. Aku tinggallkan apa yang patut saja. Well, that's me. A simple guy. Sampai blog pun nak kena simple jugak. Tapi hidup? Tak sesimple itu. Anda tahu itu.

Walau dah berubah, tapi masih ada beberapa part nak kena edit dan tambah. Itu... mungkin makan masa untuk siap. Kalau aku tak terus siapkan semua at once, main tinggal separuh jalan... maknanya antara lambat lagi nak siap atau memang terus tak siap jawabnya, kah kah! Ah biarlah...

Okeh geng. Nak kuar sat. Ada keje luar (Lagi?).

10.1.06

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!

Maaf dipinta atas segala salah dan silap masa lalu.

Esok dah nak balik KL. Alahai... tak puas bercuti!

6.1.06

Tetiba enpon aku berdering. No yang muncul... tak dikenali.

"Hello!"

"Hello Mie. Aku ni Pok He."

"Sapa?"

"Pok He."

"Pok He mana?"

"Aku ler... Pok He KWSP."

"Err... aku takde member nama Pok He."

"Huhuhu... mentang mentang lah dah lama tak kontek kau..."


Hahahaha!!! Sedih member bila aku tak ngaku kawan. Takdelah, gurau jer. Tu lah. Lenkali jangan lupa kawan. Asal ada masalah baru nak carik aku.

Anyway, takde apa pun. Pok He call pasal nak bagitau nak tumpang aku balik Kelate esok. Memandangkan seat ada lagi satu kosong, maka aku OK jer lah.

Yahoo! Dapat cuti 5 hari. Lalalala...

3.1.06

Itu hari gig kat Seremban kena raid kononnya ahli ahli Black Metal nak buat ritual songsang agama. Kecoh dalam segala 'digest' Malaya, media massa dan elektronik. Pi mai pi mai, takde apa pun. Kecoh jer lebih. Tangkap orang tu orang ni, last last cakap hal berkaitan dadah jugak. Hal ritual ntah ke mana. Malam tahun baru lagi sekali perkara sama berlaku. Gig kat Paul's Place, Jalan Klang Lama kena raid jugak. Gig campur barangkali. Pasal dalam semua bahan 'digest', mereka yang disoal kata diorang bukan ahli Black Metal. Diorang dengar muzik bebas. Err... muzik bebas tu apa? Pergaulan bebas aku terer tau lah. Keh keh! Kelakar.

Pihak berkuasa menyatakan, raid yang dibuat bukan pasal Black Metal tapi pasal dadah. Diorang percaya mereka yang masuk gig ni kaki mabuk dan kaki khayal. Hmm... Gig Seremban, 105 orang kena tahan 30 disyaki positif dadah. Gig Paul's Place hampir 400 orang kena tahan 8 orang disyaki positif dadah. Alahai... kalau betol la nak tangkap kaki kaki ni kenapa la dibuat operasi kat gig gig kecilan ni saja? Kenapa tak dibuat masa konsert besar besar macam konsert Wings kat Backroom kaa... konsert Rock The World kat Stadium Merdeka ka... Sana lagi ramai crowd. Ribu riban. Apa ingat konsert yang dapat permit polis takde kaki kaki mabuk dan khayal ka? Encik polis, kau tak pernah raid konsert besar macam tu kau takkan tau. Cuba la sekali, aku jamin yang tak lepas test urine tetap ada. Malah, bilangannya dah tentu lebih dari apa yang kau sangka. Tak percaya?

Hey man... skang ni rata rata orang ramai yang lalu lalang kat tengah bandar tu pun ramai kaki ganja lah! Kau tak tau jer. Bila kau kawan ngan orang macam ni baru kau tau. Aku? Eh, kawan kawan aku semua baik baik. Soleh dan solehah. Aku sendiri? Nak air kencing aku ker?

;P

2.1.06

Masuk tahun baru jer, orang akan tanya kita... apa azam tahun baru kau? Arrghhh... menyampahnya dengar soalan ulangan setiap awal tahun nih. Malas nak jawab. Azam tahun lepas pun blom tercapai lagi. Huh!

Hah, apa azam tahun baru kau pulak?!!

1.1.06

Pukul 1, 1 haribulan 1 tahun dua ribu enam.

Ini entry yang pertama, nombor satu. Okeh!

Cerita untuk tahun ni, hmm... esok kita cerita. Chow!

;p