30.3.06

Yessszaa!!!

Akhirnya, kerinduan aku pada WKU terubat jua. Aku dah dapat balik WKU setelah sebulan lebih jatuh ke tangan MD aku. Hahahaha! Gelak beb gelak. Jangan tak gelak. Tengah happy nih! Hahahahaha!

..............

Kereta dapat balik, keje pulak dah nak hilang. Masih menghitung hari. Err... one day remains. Sabtu, aku secara hormatnya akan menjadi penganggur bertauliah. Takutnya... takutnya...!

Kereta dah ada, housemate dah ada. Kerja baru je blom ada. Pikir! Pikir!

29.3.06

Mood ilang untuk menulis. Tapi aku try jugak untuk menulis. Apa yang aku nak tulis? Ntah ler... Ini la kot. Apa yang korang baca tu itula yang aku tulis. Alahai... merapunya aku!

Okeh. Life has back to normal.

Ada orang salah tafsir cerita aku. Biarkan. Aku pun bukannya berniat nak memperjelaskan segala hal sebenar yang berlaku. Cukup aku sendiri yang tahu. Lagipun, cerita tak best pun. Tak perlulah nak kecoh kecoh. Setiap orang ada cerita tersendiri yang dirasakan tak perlu dan belom sampai masa untuk dikongsi bersama. Aku juga begitu. Aku sekadar meletak analogi sahaja sebagai cerita tapi tak mengharapkan kalian pikir jalan cerita yang lebih menarik berbanding cerita asal. Mungkin ada episod yang kalian pikirkan hampir sama dengan cerita asal tapi sebenarnya masih banyak episod yang korang skip atau missed sebenarnya.

So, biarlah director terjun dengan filem filemnya!

Hah!

21.3.06

Maka tersingkaplah mukasurat terakhir sebuah cerita bersiri. Hero kalah akhirnya. Hampeh. Hero cukup kuat menempuh segala dugaan dan cabaran, tapi semuanya sia sia. Ingatkan happy ending ever after, rupa rupanya sad ending after forever. Huhuhu~!

Hero kalah tapi tak mati. Skang hero dah start berkelana, mencari kehidupan yang lebih bermakna.



Tammat

20.3.06

Mood jiwakacau! Akak... tolonggggggggg!!!

.............

Housemate baru aku, Jo/John/Acong (pasal muka macam Acong vokalis Sweetchild) rupanya beragama Kristian. Hmm... well no matter lah! Nasib baik dia terer gitar. Banyak ajar aku teknik baru.

Skang penghuni umah aku ada 4 cabang, Kelantan-Perak-Johor-Sarawak.

16.3.06

Filem: Camping & Piknik di Sungai Congkak
Lokasi: Sungai Congkak, Ulu Langat
Hari: 11 & 12 Mac
Untuk laporan yang lain sila ke http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=4422


Kalau dah semua buat report yang hampir sama, apa lagi yang mampu aku beritahu kalian? Kang nanti kalian kata, asyik cerita benda yang sama. So aku pendekkan jalan cerita, aku paparkan adegan adegan yang dipotong. Kalau nak full version nyer story, kena dapatkan DVD yang cetak rompak di lorong lorong tertentu... Eh??! Ahahahaha.

Bermula dari rumah lagi, sementara menunggu kak Ungku datang ambik aku selepas puas shopping kat Giant Batu Caves tu aku layan baca paper Kosmo dulu. Aku dah portkan gitar ngan buku kord baekknya supaya senang nak ingat dan nampak. Tapi tengah best layan Kosmo, kak Ungku sampai dengan tergesa gesa. Nak cepat nyer pasal, aku dah lupa gitar ngan buku tu. Nak patah balik dah tak best. So biaq pi la. Ingatkan camping ni jadik kosong jer kalo takde gitar. Rupa rupanya Ady ngan kak Ungku bawak gitar diorang. Yay! Tapi aku masih rindukan gitar sendiri (ada soulspirit).

Dalam perjalanan, Am cakap hujan lebat laa... guruh berdentum dentam laa... ribut petir laa.. ada tanah runtuh laa... jambatan runtuh laa... tsunami melanda laa... Ntah, aku tak tau betol ke tak. Tapi aku rasa macam terdengar bunyik mercun jer masa aku tidur dalam kete.

Aku ngan Diman carik kayu api untuk dibuat unggun api dan buat masak nasik, air dan BBQ. Arang ada, tapi tak banyak. Aku tukang pungut kayu bolehlah. Diman patut ada sama, senang nak mintak tolong patah patah kan kayu yang liat sangat. Diman kuat. Dia kan super. Superdiman. Ahaks!

BBQ best. Antara taruk ayam dalam apekebenda-foil-ntah kemudian bakar atau taruk ayam terus atas api... aku prefer taruk dalam foil. Kepada sesapa nak buat BBQ, bawakla foil. Ayam lagi masak dan lagi sedap berbanding panggang direct onto the fire. Eh, terspeaking plak! Hehe. Shedap siott. Hingga menjilat bara api!

Op datang ngam Mulan lewat petang. Sebelom sempat masaknya ayam BBQ. Anda tahu kenapa kan? Hahaha.

Pertama kali dalam hidup, air disukat mengikut marhalah. 2 marhalah lak tuh. Aduii... Aku rasa panjang Sungai Congkak pun tak sampai 1 marhalah. Kalo air sungai disukat ngan marhalah, maka perjalanan pegi dan balik kita bolehlah disukat mengikut kolah. Err... 2 kolah. Betol tak Ady?

Aku turun main air bersama Attok lewat, selepas yang lain lain dah puas berendam. Kul 8.00 malam lebih baru kami naik kot. Tak perasan, tak tengok jam. Tapi waktu tu memang dah gelap. Hohoho mandi dalam gelap best. Orang tak nampak bodyku yang cantekk dan ramping gitu. Berbalam jer...

Sesi menyumbangkan lagu berlangsung dengan jayanya sekali. Itu pun dengan adanya Nett. Dia yang paling berjaya sumbangkan semua lagu. Betol betol sumbang wa cakap lu. Lagu ke sini, muzik ke sana, lirik lak ke sinun. Kalah Ariel Peterpan. Untuk mengcover kesumbangan beliau, Nett berjaya memesongkan perhatian kami dengan permainan ciptaan terbaru beliau masa di tingkatan 2 dulu. Senaraikan nama nama buah, bandar, benda dan nama orang mengikut abjad pilihan rambang. Awal awal ok lagi, makin lama idea jadi cukup keji. Katakan pilih huruf W untuk nama orang. Habis Wan keluar. Wan itu Wan ini. Kalau S, Siti nih Siti tuh. Apa ni?!!! 30 orang main permainan ni macam ni aku yakin tak sorang pun kalah. Lebih lebih lagi Nett. She's rulessss!

Detik 12 malam. Tik tok... tik tok... Err... takde apalah. Sesi umpat-borak-mengutuk-mengeji jer. Mula mula nak port kat meja kayu tu ngan Attok jer. Pastu Amyz join sekali. Tak dapat tidur katanya. Walhal, tertarik ngan sesi mengumpat. Segan nak berterus terang la tuu... Kemudian Diman ngan Am menyusul join kami. Owh, ramai juga yang suka sesi nih yer? Hehe. Kul 4 pagi Amyz dah penat dan masuk tido. Kami juga bersurai. Tapi sesi mengumpat kecil kecilan antara aku ngan Am berlangsung sampai 5 pagi. Lepas tu kami terus tak sedarkan diri. Jam loceng bergerak dan tak reti berenti, Azib berjaya mengejutkan kami dari terus terbongkang dalam kemah macam naga beradu. Penat sehh... ada 2 biji batu bawah belakang aku. Sakit habis belakang. Tido pun tak senang. Lenkali aku nak bawak tilan Vono masuk hutan. Konpem!

Sebelom main air, aku nak kasi kuar peluh dulu tapi malas nak jogging. Ajak Attok ngan Am jalan jalan sepanjang jalan sungai hingga last jalan tak bertar. Permandangan menarik. Ramai awek cun mandi manda. Hujung hujung jalan banyak pulak tempat dalam. Ish... ruginya tak dapat mandi kat sana. Tapi paling rugi tak dapat usha awek awek pengakap mahupun awek awek yang beraktiviti-kem-motivasikan-diri di sana. Lalalala...

Tengah best main air dan susun batu atas batu di atas batu berbatu, Nida ngan Sal sampai. Eh, ada pun Sal. Minggu lepas buat party farewell untuk dia pasal nak balik kampung tau tau hari tu ada kat Klang Valley lagik. Nak kena buat party farewell lagi sekali tak? Heh. Anyway, tak sempat nak sembang panjang ngan diorang pasal lepas mandi terus siap siap dan follow kak Ungku balik. Nak cepat, ada hal lain lagi.

Asal masuk je kete, aku terus tak sedarkan diri. Tau tau, dah sampai area Taman Melawati. Duhhh!

Itu jela beberapa adegan yang dipotong kerana tidak menepati piawaian filem negara tapi kire ok la untuk CD cetak rompak.

.................

Aktiviti camping-picnic yang paling aku suka setakat nih kerana paling sempoi dan santai. Takde aktiviti buat lawak berkumpulan, nyanyian sumbang beramai ramai atau tiup tepung dalam piring sampai muka habis penuh tepung. Aku rasa seronok dan terhibur mungkin pasal salah satunya, mereka yang join tak ramai. Itulah sebetulnya. Camping ramai ramai lain lak suasananya. Meriahnya. Hiburannya. Nak camping sebegini, jangan sekali kali plan kan apa apa aktiviti yang bakal dibuat. Pergi dengan selamba jer. Aktiviti blank. Barulah masa terisi dengan perkara yang natural. Aku suka, kau gelak, dia ketawa. Kita sama sama berlibur! Tak gitu?

14.3.06

Semalam, aku langgar bontot sebuah van dengan WKU aku tuh (boss bagi guna sekejap untuk setelkan urusan bank). Kecuaian aku jugak. Sapa soh usha awek awek yang dok berjalan kat kaki lima tu dengan tak berhati hati. Tobat. Aku serik. Aku berikrar, lain kali aku tak akan buat macam tu lagi. Aku akan pastikan aku betol betol selamat kalo nak usha awek yang jalan jalan kat kaki lima tuh.

Thanks to brader van tuh. Kecik nyer hal. Setel cara mudah. Kita orang Melayu, katanya...

10.3.06

Aku, Din dan Awie. Sesi makan malam kat kedai makan area umah kami. Borak borak pasal berat ISO bagi seorang lelaki. Aku kata, berat standard adalah antara 55-65 kg. Awie kata 75 kg.

Din: "Berat kau berapa Mie?"

Aku: "53 kilo last time timbang. Skang tak tau berapa. Kalo bleh nak tambah lagi dalam 7-8 kilo."

Din: "Ish, aku yang kurus macam ni pun berat 60 kilo."

Aku: "Kau berat apa... berat tulang!"

Din: "Tak ah. Lain."

Aku: "Apa?"

Din: "Dosa."

Hmm... tapi itu kami tak nafikan. Kata Din, setiap orang ada sejarah hitam masing masing. Ye la kot.

9.3.06

Besok penghuni umah aku akan bertambah sorang. Kawan Din. Join kami pasal umah lamanya, setinggan area Jalan Genting Klang nak dirobohkan. Kesian plak dengar ceritanya. Din kata kawannya ni ok. Ok tang mana ntah ler. Tengokla nanti.

..............

Terlalu banyak aggreement aku nak kena sign. Dengan bank satu hal. Dengan boss sendiri pun nak kena jugak??? Aduhai... nak buat macam mana. Demi mengembalikan apa yang dah hilang, aku sanggup walaupun aku tau lepas ni aku akan ada banyak hutang. Aku anggap tindakan aku secara membuta tuli. Ah, abaikan. Masih menghitung hari. Harap esok lusa ada sedikit sinar harapan. Sedikit sebanyak terpancar jugak sinar sinar malap untuk aku. Masih menunggu. Semoga sinar malap itu bertukar menjadi keju... eh silap... bertukar menjadi cahaya terik memancar. Jangan sampai aku haus kepanasan dah ler. Huhu~!

6.3.06

Semalam aku mimpi. Ngeri.

Aku kawen ngan orang yang paling aku sayang. Belom sempat habis berfantasi seronoknya kawen, dia dah beranak. Mati mati dia kata itu anak aku sedangkan aku tak sempat nak 'beramah mesra' sikit pun ngan dia. Aku musykil. Takkan itu anak aku? Tak patut... Lepas tu bila kami jumpa seorang lelaki, aku perasan dia jeling dan senyum kat mamat tu semacam jer. Aku syak diorang ada affair.

Aku tak sanggup nak terus bermimpi. Walaupun hanya mimpi tapi mesej tu betol betol menakutkan aku. Macam satu pukulan yang amat berat. Adeeiii... ni tentu tido tak basuh kaki nih.

1.3.06

Sekali sekala layan lagu lama pun orait gak. Tapi lagu rock kapak la. Kalo nak dengar klik player bawah.



Kain Cinta Putih
by Putra

Ku jalan sendiri tiada tempat untuk menanti
Tiada mu aku menyepi
Bayanganmu aku mencari...

( 2 )
Ku sangkakan hujan tapi taufan datang melanda
Ku mencari tanpa pegangan dan tersungkur di ketepian

( 3 )
Kain putih yang kuberikan padamu
Kini pudar warna-warnanya
Kuselimut di atas ikal rambutmu
Kian jatuh terus cecah ke bahu...

( 4 )
( korus )

Ku mencari bayangmu tiada
Di langit biru di lautan api
Kau hilang dan semakin jauh
Hujung dunia kita berjumpa

( 5 )
Bila ku lihat kau dihancur
Bagaikan luruh bunga yang gugur

( 6 )
Kusunting dirimu
Kan kugenggam hatimu itu
Kan kujaga wahai bungaku
Kau kan tumbuh terus mewangi

( ulang 1, 2 dan 4 )
( 7 )

Kau mekarlah wahai mu bunga
Subur mewangi didalam hati
Jangan gugur sekali lagi
Hilang kau jatuh terus menyepi

( ulang 4 )

....................

Dari 3 masalah besar bagi aku, satu dah setel. Aku dah ada housemate baru, 2 orang. Din & Awie. So tak perlu lagi aku nak tanggung sewa sorang sorang. Selama beberapa hari ni aku tengok diorang cam ok jer. Harap harap takde apa apa perubahan mengejut lagi dalam masa terdekat. Serabut kepala tak habis lagi nih. Heh!